Friday, March 25, 2011

24 March 1994 ;)

Yes today was 25 , sorry i can't online and open blog on time , haha , sebuk :D so buat - buatlah cam 24 March ae ? haha .




So today was my 17's Birthday :) haha .










Hari Ini , aku bangun pagi , aku rasa fresh sangat :) Alhamdulillah , aku dah besar , lepas solat Subuh , aku berdoa doa hari lahir , semoga apa yang selama ini tertutup buku , yang dihadapan aku akan kejar kejayaan . Tapi sebelum malamnya , aku dah terima banyak SMS , dan calling oleh kawan kawan aku :) terima kasih you all <3>


pergi sekolah seperti biasa :)


tapi dalam kereta sebelum nak ke kelas , mak aku pesan supaya aku belajar rajin rajin , aku dah 17 tahun , aku terkejut budak cina dapat Tassawur Islam A+ selepas dengar berita daripada Hot FM . Mak aku suruh aku buktikan yang aku boleh meraih gelaran pelajar cemerlang :) dan aku pun meng-aminkan :) Insyallah :)


keluar daripada kereta dan berjalan menuju ke kelas :)



* Belajar seperti biasa :) *


sedang aku berjalan jalan dalam kawasan sekolah nak menuju ke bilik guru dan tandas , aku terima ucapan Happy Birthday . Terima Kasih diucapkan :) Alhamdulillah Syukur masih ramai yang menyayangiku :)



cerita kemuncaknya ialah :D


time BM , aku dah ngangtok gila sebab gayut ngn Maisarah * kawan baik . Then aku pun tidur lah , * KRRRRIIIINNGGGGGG . loceng pun dah berbunyi , aku bangun dari tidur , sedang aku kemas beg , Fazianti * kelas mate aku , panggil aku , then . . . * SHUUUURRRRHHHRRR !

( basah habes beb ) aku kena simbah air , selalunya tepung kan ? ini kena air bhai . haha , takpernah aku kena macam doe :D haha then semua tepuk , nyanyikan lagu Happy Birthday untuk aku :) Ya Allah malu pun ada , haha . Sayang kawrang kat aku kan ? HAHA ,

aku sayang kawrang :) Itulah Hari Yang Aku Tidak Boleh lupakan :) haha



ini lah gamba gambanya :D haha




Taley bela doe :D lencun habes baju aku .


and then kan , aku dapat Dominos Pizza daripada Mak aku :D i love you mummy :) bapak aku bagi moto :D haha




-------------------------------------------------------------------------------------------------



THANKS FOR ALL THOSE WHO WISHING MY BIRTHDAY :)
harinie aku bukak fb , aku tgk ramai gila yang wish brithday kat aku :) Terharu aku doe :)
aku taktau nak kate ape dah . Aku hanya mampu berterima kasih kepada kamu semua yang sudi luangkan masa untuk mengucapkan Happy Birthday kat aku . Aku cukup Terharu :) Terimah Kasih sekalli lagi , hanya Tuhan yang dapat membalas jasa Tuan dan Puan sekalian :)
I Love You All :)

Wednesday, March 23, 2011

Thirdly , Nurul Jannah ;)




HAHA ;D


Assalammualaikum , nak tergelak Imran , dah tiga orang kembar dah jumpa :D Ini namanya , Nurul Jannah , Imran dah anggap adek dah bagai adek abang dah :) chomel adik nie , manja pun adaa , HAHA , Imran kenal Jan sejak abang rapat dengan Sofea Mardiana , adek abang jugak , HAHA :D kenal punya kenal tak sangka jugak , birthday sama tarikh kan ? haha . Daripada dulu ajak meet nak sambut birthday , tapi tak kesempatan pung , haha , bila lagi mao celebrate huh ? haha .


So abang , nak ucapkan ;


so ini kek dan Wishes nya :) terimalah :D haha


Adek ;




  • abang nak ucapkan Happy Birthday buat adek Jan


  • semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki :)


  • semoga adik riang selalu macam dalam gamba adek , HAHA :D


  • semoga dapat keputusan cemerlang kelak :)


  • jaga diri baik baik tao ? :)


HAPPY BIRTHDAY JANNN ;)


Second Twinny , for my Apple :)


Assalammualaikum for my Apple , Shasha Adeeba :) haha ,

Dah 16 kan kan ? haha , i thought you 17 same age as me , but it's wrong . Imran masih ingat jugak time Imran add Shasha , mase tuh time bulan puasa , gamba default Shasha kat Masjis Aisyah kan ? pakai telekung , solat " TAWARIH " bak kate Upin & Ipin :D haha . Hari semakin hari , Imran kenal Shasha , rupa rupanya , tarikh lahir sama , tak sangka . haha . Tapi Imran masih tak dapat kenal Shasha lebih dekat lagi , Imran harap , Imran dapat kenal Shasha lebih dekat , Imran nak kita jadi macam Persian Family :) HAHA ,

Ouh , i got present for you :)
Haha , jangan takut :)
Sedikit pesanan Imran jugak buat Apple jauh nun di Langkawi ,
  • Imran nak ucapkan Selamat Ulang Tahun yang ke 16 buat kembarku Shasha Adeeba :)
  • Jaga diri baik baik disana , jaga kesihatan , belajar rajin rajin :)
  • cubalah jangan takut kucing , camna nak hadiahkan kucing ? haha
  • eh bila makan kek kat sana , jangan lupa orang kat sini :) haha
  • Shasha seorang yang baik :)
  • semoga dipanjangkan umur, dimurakan rezeki
  • semoga dapat keputusan yang cemerlang kelak :)

Happy Birthday To You ,

Happy Birthday To You , Happy Birthday To Shasha Adeeba ,

Happy Birthday to My Applleeee :)

Love you , Twinn :)

Happy Birthday My Twiinny , Chuare ;)


Assalammualaikum sebagai pembuka bicara ,


Ouh memandangkan hari ini ialah Ulang Tahun Kelahir kita , Imran nak ucapkan sekali lagi buat Chuare iaitu my Twinnyy :) Hey Chuare ? I hope you'll smile after read this :) Haha , Imran tau chuare dah terlepas nak baca pada hari 24.03.2011 , EH ! Imran pun nak nyanyi jugak untuk Chuare :) haha


Selamat Hari Jadi ,

Selamat Hari Jadi ,

Selamat Hari Jadi Buat Kembarku ,

Selaaaamaatttt Hariiii Jaaaadiiii Chuare ;D


ouh kek jugak ae ? Imran pun ade :P



Terimalah Kek Yang hanya beli di kedai kek murah :D haha
Haha , tak sangka kan kita ditakdirkan bertemu dgn tarikh lahir yang sama bukan ? Wah mesti best sekarang Chuare tengah makan Kek kat sana , mesti happening gila .
Imran maseh ingat lagi pertama kali Imran add Chuare , gamba tuh , pakai baju chocolate tak silap . Dari zaman Myspace , hingga ke Facebook , tapi masih tidak berkesempatan nak berjumpa , masih ditemukan jodoh lagi agaknya ,
Imran pun ada pesanan buat Kembar Imran jugak :)
  • Terutama sekali , jaga diri dulu :)
  • Semoga apa yang diimpikan , dapat dicapai ,
  • Belajar rajin rajin kat sana * dah pandai , mesti rajin kan ? haha
  • Dimurahkan rezeki , panjang umur , supaya ibadat semakin bertambah :)
  • Semoga Sukses disana , dapat menumpukan terhadap pelajaran
  • Harap Chuare taklupakan Imran :)

I Love You , Twinny ;)

Imran ,

Friday, March 18, 2011

Menyahut Seruan Mu :)





" Labai kallahuma labaik labai kala shari kalakalah baik innalhamdah walni'mata lakawalmulk la shari kalah "

Alhamdulillah , tadi baru sahaja selesai kurus pergi Umrah di Masjid Bandar Baru Bangi Seksyen 9 :)

Thursday, March 17, 2011

Cuti Oh Cuti



hey peeps ;) 16 March 2011 , aku plan nak pergi Mines nak ambek angin and then beli Rayban cap local , yelah mane taknye , kalau aku beli Rayban je , semua membe aku jeles sebab aku beli mesti lawa -__-' pastu rembat buat harta sendiri , angin tol , kali nie aku beli Oakley and Rayban :) favourite aku :) haha , and then , aku nak pegy McD , nak beli Chocolate Shakes , tetibe aku tertoleh ke kiri ternampaklah Ihsan , BO , Alep , Rahimi , Nazmi , then talking-talking , jalan jalan , pegylah kat tempat org maen bowling tgk keadaan sekita zaman budak sekarang nie , aduh mat , sedih tgk orang melayu sekarang :'( ape nak jadi doe ? malas aku nak cite ape yang aku nampak . haeh

pastu jalan jalan , tetibe dorang ajak aku tgk Hikayat Merong Mahawangsa , aku cakaplah tade duet , dorang kate ade tiket free , sebab ade membe sorang nak belah , aku pun ONNN ! ;D

yang nak jadi citenye , aku kena hantar Helmet membe aku kat Seksyen 8 , so aku pecut 160 KM/H laju tak ? aku gerak pukul 5 , sampai pukul 5.30 di Mines balik :D haha . maut aku pecut :D tapi alhamdulillah sampai ke destinasi , then time aku masuk je , wah ramai ;0 dah tade sit nak duduk , naseb baek ade sit kosong , duduk and MENIKMATI ceritanya :D BEST

Gempak ;D

SYABAS diucapkan kepada tiga adik beradik yang mengharumkan nama Kedah taklupa juga kepada MALAYSIA yang tercinta ;) cepatnya dorang naik nama kan ? :)


dan taley lupa jugak doe , kteorang konvoi naek moto ramai ramai menuju ke rumah , lama gila tak jumpa dorang :) aku sayang doe BOXER KETAT ;D haha

Peringatan Daripada PDRM

Sama-sama kita kongsi info ini.Mungkin berguna.....

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).



2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing

Kisah Guru Mata Pelajaran Matematik

Di sebuah sekolah rendah Kg Melaka seorang guru sedang mengajar mata pelajaran matematik. Tiap kali dia mengajar, dia tengok salah seorang anak murid dia asyik meludah dekat tapak tangan kemudian Gosok dekat kepala.

Hari-hari guru ni perhatikan tabiat anak muridnya itu,satu hari dia tanya.


Guru: Atan! datang depan sini.

Atan: saya datang cikgu.

Guru: tiap kali saya mengajar, saya lihat awak ludah tapak tangan kemudian sapu dekat kepala awak, mengapa awak buat macam tu?

Atan: saya tak faham matematik cikgu !! saya buat macam ni supaya apa yang cikgu ajar senang masuk dalam otak saya.

Guru: siapa yang ajar Atan macam tu?

Atan: emak saya, cikgu.

Guru: apa yang emak cakap?

Atan: cikgu, bila malam saya tidor dengan ayah dan emak saya, lampu semua tutup, saya dengar emak saya cakap dengan Ayah saya......

"KALAU SUSAH-SUSAH NAK MASUK, SAPU AJER AIR LUDAH
TANG KEPALA TU...BARULAH SENANG MASUK!!!"
Guru: ????????????

Perhatikan Bila Haiwan Resah

2006 bila tsunami melanda, tanda-tanda yang tak difikirkan manusia ialah banyak ikan
dapat ditangkap oleh nelayan, haiwan-haiwan besar lari jauh ke darat.

Kita kongsi 10 ilmu tentang perangai haiwan bila resah.Apa akan berlaku selepas itu.

1.Bila binatang akan berkumpul, petanda hujan akan turun.


2.Apabila kuncing bersin, tanda hujan akan turun.
3.Bila kuda memanjangkan lehernya dan menghidu udara, hujan akan menyusul.
4.Tiga atau empat ekor burung murai yang terbang bersama-sama dan mengeluarkan bunyi yang kuat itu tandanya cuaca berangin.
5.Ikan lumba-lumba timbul di pelabuhan menandakan ribut akan melanda.
6.Bila cacing kalimantang bercahaya, cuaca panas dan keringa akan menyusul.
7.Lebih kuat bunyai katak,lebih banyak hujan akan turun.
8.Penyengat membina sarang di tempat terbuka menandakan musim panas telah tiba.
9.Apabila labah-labah bekerja keras dan memintal sarang petanda angin kencang bakal bertiup.Labah-labah tidak boleh memintal ketika angin mula bertiup.
10.Lalat hinggap di hidung anda kemudian menepis dan lari.Jika lalat itu datang lagi itu petanda hujan rahmat akan turun.

Fikirkanlah....

Bacalah untuk kita pada suatu hari nanti

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada murid-muridnya dan umat Islam seluruhnya.Wasiatnya ialah

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh (10)perkara,"

1.HAK KEPADA DIRI :Mengurngkan tidur,kurangkan makan, kurangkan cakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2.HAK KEPADA MALAIKAT MAUT:Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggalm mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalami, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.



3.HAK KEPADA KUBUR:Buang tabiat suka tabur fitnah, buang tabiat kencing merata-rata, banyakkan solat tahajjud dan bantu orang yang dizalami.

4.HAK KEPADA MUNGKAR DAN NAKIR:Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasih menasihati.

5.HAK KEPADA MIZAN(NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT):Tahan kemarahan, banyak berzikir, mengiklaskan amalan dan sanggup menanggung susah.

6.HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT):Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7.HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA):Menangis sebab takut kepada Allah, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan dan bersembunyi dan memperelok akhlak.

8.HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA):Berasa reda dengan Qadha Allah, bersabar menerima bala, bersyukur dan bertaubat.

9.HAK KEPADA NABI SAW:Berselawat, berpegang dengan syariat, bergantung pada sunnah,sayang kepada para sahabat.

10.HAK KEPADA ALLAH SWT:Ajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.

Peringatan Tuk Wanita

Assalammualaikum , disini , aku nak luahkan rasa ketidakpuashatian yang terlalu melanda dihati ini telah lama berkurun lamanya bersemi di hati yang bersih sudah keruh hitam melegam . HAHAHAH !

Sakit mata aku kalau tgk perempuan pakai tudung en , baju ketat gelemat , pastu nampak ah bekas bra tuh , masalahnye bukan aku saje nak tgk , tapi dah terpampang depan mate . grr -__-
seterusnya , pakai tudung , tapi lengan pendek , ade yang sampai ke ketiak , ingat putih sangat ke ketiak tuh ? then , pakai tudung , tapi pakai baju kebaya and baju kurung jarang ataupun selainnya , ape guna pakai tudung ? then , pakai tudung , baju singkat , then pakai legging , choy , pastu nampak lah bekas bekas spenda , warna ini lah warna itulah , choyyy , bila tunduk , nampaklah , bila duduk , nampaklah . haeh . sedih mat aku tgk .

ni lagi satu aku nak tego orang perempuan pakai tudung nie , dah tahu balak tuh gatal en , belah jelah , sayang sangat konon , ckp jelah kaw pun sangap ngn dia . pakai tudung , tapi boleh lah berpeluk peluk kat taman , grr , cina pun tak macam tuh sangat , ni Islam , maruah beb ! ade yang pakai tudung sebab eh nampak lawalah pakai tudung . pastu pakai . grrr . aku nak pesanlah , tolong lah , sakit hati aku tgk perempuan pakai tudung nie . pakai tudung biar nampak macam orang Islam .

p/s : sorry lah lucah sangat .

Untuk Wanita sesi satu .

Peringatan Untuk Wanita


Dari Sabda Rasulullah s.a.w


1.Wanita yang solehan(baik) itu lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh


2.Wanita apabila sembahayang lima waktu,puasa sebulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya masuklah ia dari pintu syurga mana saja yang ia kehendaki.


3.Saidatina Aishah berkata "Saya pernah bertanya Rasulullah s.a.w siapakah manusia yang lebih besar haknya (berhak) terhadap wanita?.Jawab Rasulullah:"Suaminya".Siapa yang berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah:"Ibunya"


4.Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


5.Siapa yang dikurniakan oleh Allah wanita yang solehah maka sesungguhnya telah dikurniakan pada sebahagian dari agamanya makan hendaklah ia berbakti kepada Allah yang separuh lagi.


6.Sebaik-baik bagi wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak.Wanita apabila keluar akan dipersonakan oleh iblis.


7.Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (yang halal nikah) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual-beli.


Satu hari ketika Rasulullah bersama-sama isteri-isterinya (Ummu Salamah dan Maimunah) datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum).Rasulullah menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah". Rasulullah menjawab, "Bukankah kamu dapat melihat ?"


Dari Ali bin Abi Talib;Aku dengar Rasulullah bersabda:
Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka Jahanam selama umur dunia tujuh kali.Mereka ialah
a. Orang yang gemuk kurus
b.Orang berpakaian telanjang
c.Orang yang alim jahil


Adapun yang gemuk kurus itu ialah wanita yang gemuk (sihat) tubuhnya tetapi kurus ibadahnya.


Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.


Orang alim jahil itu ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan dunia.


8.Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan di hadapan orang sehingga terhidu baunnya ia adalah berzina.


9.Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinan cepat pula kehamilannaya dan ringan maharnya.


10.Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung hati suaminya, maka wanita tersebut di murkai oleh Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra kepada suaminya.


11.Bahawa mana-mana wanita yang bersolat dan tidak mendoakan suaminya maka solatnya akan tertolak.


12.Perkara-perkara yang menjadikannya menderhaka kepada suaminya ialah


a.menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samaada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.


b.keluar rumah tanpa izin suami samaada suami ada dirumah atau tidak.


c.keluar rumah belajar ilmu bukan ilmu fardu 'ain.


d.enggan berpindah bersama suami.


e.mengunci pintu ketika suami mahu masuk ke rumah.


f.bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.


g.minta talak.


h.bercakap kasar atau lambat menjawab pertanyaan.


i.berpaling atau membelakanginya ketika bercakap


j.meninggalkan tempat tidur.


k.membenarkan masuk ke rumah orang yang yang tidak disukai suami.


13.Pesanan Luqman kepada anaknya:"Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah dari pusaka para Nabi iaitu sabda mereka:"


a.apabila engkau sedang solat kepada maka jagalah baik-baik fikiranmu.


b.apabila engkau berada di rumah orang lain,maka jagalah matamu.


c.apabila engkau di tengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.


d.apabila engkau hadir dalam jamuan makan, maka jaga-jagalah perangaimu.


e.ingat Allah.


f.ingat mati


g.lupakan budi baikmu kepada orang lain.


h.lupakan kesalahan orang lain terhadapmu.


Dari perkara yang tersebut di atas bukanlah bermakna wanita menjadi seperti hamba suaminya atau seperti khadamnya semata-mata.Suami pula ada peranannya.Untuk memainkan peranan itu sudah tentulah kaum lelaki wajib taat kepada Allah dan menjunjung tinggi syariat Allah agar ia menjadi orang yang adil serta tidak zalim,mengenal dan menyempurnakan hak-hak isteri ke atasnya.

Petua Orang Dulu - Dulu

Petua Orang Dulu
Segarkan Mata
Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.

Kulit limau hilangkan bau badan
Potong limau kasturi dan buangkan bijinya, kemudia makanlah kulit limau tersebut bersama airnya.Amalkan selalu.

Mengurangkan dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas,minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menaikkan seri muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu.Amalkan selalu

Merawat kulit berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.Sebatikan bancauhan itu lalu disapukan di kulit sekali sehari.Amalkan sehingga berkesan.

Monday, March 14, 2011

Sekadar Mahu Berkongsi ILmu :)

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Sekian, semoga ada manfaatnya

Mana Satu Anda :D haha


Exam Penggal Satu Dah Lepas


Exam penggal satu sudahpun lepas . Hidup diteruskan , Hari dijalankan , Masa didetikkan , bayangkan , Gila apa dah dekat nak SPM . Aku dah la main main je keje aku . Pemalas . Tido je kejea . hadoi , ni nak cerita , bayangkan en , boley pulak spoilt calculator aku takbawak time exam Math , hmm memang kantoi habeslah exam aku , lagi satu , dah la mak aku ajar Perdagangan , paper perdagangan aku taklepas . sedih doe . haeh haeh .

p/s : Wahai Muhammad Uzzair Imran b. Roslimi iaitu saya , saya budak cemerlang , saya cemerlang , saya pandai , saya soleh , saya gemilang , saya mampu perolehi A dalam peperiksaan : )

Aku sakit :'(

Aduh , sakit perut :'0 sungguh sakit , hanya Tuhan tahu bagaimana rasanya , aku sebenarnya sudah dua hari tidak mengeluarkan hajat selama 2 hari , and then , keje aku makan makan je keje , minum air limau , oren , sirap , bagainya untuk lawas , then tibalah masa aku di dalam kereta otw nak balek ke Bangi daripada Kedah , perut aku memulas macam kena cubet doe usus aku ! HAHAHA . balek balek terus FLUSH AWAYYYYYY ! :D hahahah !

keesokkannya , i mean harinie lah .

ade kelas tambahan kat sekolah , MATH , AGAMA , SCIENCE , penting Mat !
boleh pulak spoilttt ! -__-' saket perut aku , memulas , ulang kali pegy tandas en , ade sekali terus keluar darah . Terkezut Mat ! aku terus hantar message kat mak aku , mak aku kate tahan smpai kelas science . Time kelas Science , sepatah haram aku tak faham , kesian aku tgk cekgu mengajar aku tak denga . Adoi , maybe Allah nak ampunkan dosa aku , nak uji aku .

Then , balek lah apelagi .

sampai aje kat klinik , cerita cerita punya cerita ,

conclusionnye .... aku kena BUASIR , gempak tak ? haaa , ini cek nak bagitau kat hampa Seinn :D

tape aku redha .

p/s : tah pape ah aku cerita pasal bende kotor ney :D haha !

Saturday, January 22, 2011




Inilah Sekolah baru aku , SMK Perimbun , Cheras ;) Ini Lencananya ,

dan pula dibawah ini persekitaran di Muhibah Square , sorrylah takde gamba banyak :D haha ,



Aku berharap dapat meninggalkan kenangan manis aku disini buat tahun ini dan memperoleh kejayaan disini :)

Sijil Penilaian Menengah




Tahun 2011 . Inilah masanya . Inilah . cepat kan aku dah membesar . dah hampir 17 tahun kan ? wah Sijil Penilaian Menengah . SPM . tahun ini aku menghadapinya . tinggal lagi 9 bulan sahaja lagi . Semua orang takot menghadapinya . tapi aku yakin aku akan memperolehi kejayaan dengan berkat usaha aku . dan juga berkat doaku kepada-Nya . Wahai Sahabat . Doakan kejayaan aku . aku juga akan doakan kejayaan kamu semua ;)

the title it is .

F , i tahu you akan kembali semula dalam hidup i , i tahu , i bersabar menunggu you , thanks if you dapat terima i balik ;) i'm so happy . Alhamdulillah .

Saturday, January 8, 2011

Alhamdulillah ;) and thanks to my lovely friend , Fazira Zaharim :)

Alhamdulillah , syukur kepada Tuhan kerana memberi hidayah kepadaku hari demi hari , terima kasih Ya Allah kerana menyedarkan aku daripada melakukan dosa ini berterusan , semoga Engkau tetapkan dan tebalkan iman aku . Tabahkanlah aku untuk menghadapi segala dugaan yang Engkau akan berikan kepadaku . Baru aku sedar selama ini aku dilemma dan semua ini berpunca daripada kesilapan aku , dosa aku . Terima Kasih YA ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani :)

Tidakku lupa kepada Fazira Zaharim , teringat dan masih segar di ingatan apa yang dia beri motivasi kepada aku , berbunyi ,

" Act dulu i pun takpandai . tapi adik adik i pandai . So i rasa tercabar and nak prove kat my mom i pun boleh . You dont need to love books do . You macam kena ade keikhlasan diri you nak belajar . And bile belajar , jangan cakap susah . Jangan sekalipun . Sebab bila you cakap susah , sampai bila bila you rasa susah and tak nak belajar " .

kata kata ini akan aku ingat di dalam kepala hotak aku nie . HAHA . Thanks Again Fazira , i love you friend


Mata Hati Tutup pintu kebaikan , dorong berlaku kemungkaran

Persepsi mengenai mati memang berbeza . Ada merasa dirinya sudah mati apabila hilang insan tersayang dan ada berfikiran hidup sudah tidak berguna kerana tidak henti dirundung malang .
Mati bukan bermakna menghembuskan nafas terakhir kerana ada antara kita yang sudah meninggalkan dunia ini tetapi masih memberi manfaat kepada yang hidup melalui kebajikan yang ditinggalkan.
Maknanya , kematian masih boleh menghasilkan manfaat serta manjadi iktibar kepada yang masih hidup. Rasulullah bersabda maksudnya : " Cukuplah kematian itu menjadi pelajaran dan cukuplah keyakinan sebagai kejayaan . " ( Hadis riwayat Tabarani ) .
Ibrahim Adham berkata , ada 10 tanda hati yang mati iaitu :
  • Mengaku kenal Allah SWT , tetapi tidak menunaikan hak-Nya
  • Mengaku cinta kepada Rasulullah tetapi mengabaikan sunnah Baginda
  • Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukumnya
  • Memakan nikmat Allah , tetapi tidak mensyukuri pemberian-Nya
  • Mengaku syaitan itu musuh , tetapi berjuang menentangnya
  • Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
  • Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
  • Mengaku kematian pasti tiba bagi stiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya
  • Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
  • Menghantar dan menguburkan jebazah aduara tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya

Ciri manusia yang hatinya sudah mati antara lain ialah kurang berinteraksi dengan kebaikan , kurang kasih sayang kepada orang lain , tidak menolong orang , suka kemungkaran , menurut hawa nafsu , lalai dengan kebajikan serta suka berbuat maksiat .

Ada tiga perkara apabila ditinggalkan akan menyebabkan hati mati .

  • Pertama : Meninggalkan solat membuat jiwa kalu dan gelisah . Terjerumus ke dalam perbuatan keji dan hina , terseret ke lembah kemungkaran dan kesesatan .
  • Kedua : Meninggalkan sedekah bererti mementingkan diri dan enggan berbuat kebaikan . Mengambil berat mengenai hubungan sosial tanda bukti keimanan kita . Contohnya , orang suka bersedekah hatinya lapang dan tenteram serta dijauhkan dari penyakit bakhil.
  • Ketiga : tidak mengingati Allah dengan memperbanyakkan zikir boleh menyebabkan hati keras membatu sehingga tidak boleh menerima nasihat dan ajaran agama . Zikir akan memberi ketenangan hati . Orang tenang hatinya akan berkelakuan positif dan tidak mahu berbuat mungkar .

Orang mukmin yang menjaga solat , suka bersedekah dan banyak mengingati Allah akan menjadi insan memiliki hati yang hidup , bukan sebagai mayat hidup . Siang hari banyak berbuat kebajikan dan malam tidak dihabiskan dengan tidur .

Firman Allah bermaksud : " Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang yang berbuat dengan ihsan. Di dunia mereka sedikit tidur pada waktu malam dan selalu memohon ampun di waktu pagi sebelum fajar ." ( Surah a-Zariyat, ayat 16-18 )

Perkara menumbuhkan perasaan takut serta bimbang terhadap hisab akhirat juga akan menjadikan hati hidup kerana sentiasa berusaha memastikan amalan harian tidak terpesong daripada landasan syariat.

Hati yang hidup dapat menjamin masa depan cerah dan gemilang dalam menghadapi liku kehidupan di dunia sehingga menuju ambang akhirat kelak. Hanya yang hidup akan menghadap Tuhannya dengan penuh sejahtera dan tenteram .

Firman Allah bermaksud : " Pada hari di mana harta dan anak tidak berguna , kecuali orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera ( bersih ) ." ( Surah as-Syua'ara , ayat 88-89 )

Sunday, January 2, 2011


ouh maka bermulalah kisah seorang pelajar yang bernama Muhammad Uzzair Imran b Roslimi . Tentulah tahun 2011 ini aku nak jadi anak yang membuatkan mak dan ayah aku menangis dengan gembiranya melihat kejayaan aku . Amin ~ . Aku nak berubah . Memang nak sangat berubah . Aku dah berpindah sekolah . SMK Perimbun , Cheras . Aku sanggup tukar sekolah semata mata nak belajar . Belajar . SPM lah penentu segalanya . Facebook mungkin akan dtinggalkan . Aku mahu masa depan aku terjaminnya . Facebook bukannya menjamin masa depan . HAHA . marilah sama sama kita menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat ;)

dengan ini bermulalah kisah kehidupan seorang pelajar ;)

Saturday, January 1, 2011

anonymouse .

hari semakin hari , saat demi saat . hati aku maseh ada kamu . entah apa dikau disana fikirkan aku ataupun tidak . aku amat merinduimu setelah pemergianmu jauh disisiku . ku tahu , aku akui akan kesalahan aku yang membuatkan kau terluka . maafkan aku . aku akui , aku seorang pelupa , tetapi aku ingat hari itu . maafkan aku kerana aku engkau merana . maafkan aku . aku redhai dengan permergianmu . aku tahu engkau lebih sayangkan ayahmu lebih daripadaku . aku masih ingat dihari kita bersama . dihari kita bersua , dihari kita bersenyum dan bergembira . aku masih ingat . aku masih ingat akan wajahmu ketika kita bersama . aku masih ingat . ingat lagi . maafkan aku . walau apapun terjadi , aku tetap akan menungguimu . tetapi perit rasa hatiku , menunggumu saban hari . biarkanlah Tuhan saja yang tahu akan cinta ini buat hatimu . Cintaku buatmu bukanlah permainan dan berfoya foya . tapi kerana hati . biarlah takdir memisahkan kita. aku redha .

F , maafkan aku .