Thursday, March 17, 2011

Cuti Oh Cuti



hey peeps ;) 16 March 2011 , aku plan nak pergi Mines nak ambek angin and then beli Rayban cap local , yelah mane taknye , kalau aku beli Rayban je , semua membe aku jeles sebab aku beli mesti lawa -__-' pastu rembat buat harta sendiri , angin tol , kali nie aku beli Oakley and Rayban :) favourite aku :) haha , and then , aku nak pegy McD , nak beli Chocolate Shakes , tetibe aku tertoleh ke kiri ternampaklah Ihsan , BO , Alep , Rahimi , Nazmi , then talking-talking , jalan jalan , pegylah kat tempat org maen bowling tgk keadaan sekita zaman budak sekarang nie , aduh mat , sedih tgk orang melayu sekarang :'( ape nak jadi doe ? malas aku nak cite ape yang aku nampak . haeh

pastu jalan jalan , tetibe dorang ajak aku tgk Hikayat Merong Mahawangsa , aku cakaplah tade duet , dorang kate ade tiket free , sebab ade membe sorang nak belah , aku pun ONNN ! ;D

yang nak jadi citenye , aku kena hantar Helmet membe aku kat Seksyen 8 , so aku pecut 160 KM/H laju tak ? aku gerak pukul 5 , sampai pukul 5.30 di Mines balik :D haha . maut aku pecut :D tapi alhamdulillah sampai ke destinasi , then time aku masuk je , wah ramai ;0 dah tade sit nak duduk , naseb baek ade sit kosong , duduk and MENIKMATI ceritanya :D BEST

Gempak ;D

SYABAS diucapkan kepada tiga adik beradik yang mengharumkan nama Kedah taklupa juga kepada MALAYSIA yang tercinta ;) cepatnya dorang naik nama kan ? :)


dan taley lupa jugak doe , kteorang konvoi naek moto ramai ramai menuju ke rumah , lama gila tak jumpa dorang :) aku sayang doe BOXER KETAT ;D haha

Peringatan Daripada PDRM

Sama-sama kita kongsi info ini.Mungkin berguna.....

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).



2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing

Kisah Guru Mata Pelajaran Matematik

Di sebuah sekolah rendah Kg Melaka seorang guru sedang mengajar mata pelajaran matematik. Tiap kali dia mengajar, dia tengok salah seorang anak murid dia asyik meludah dekat tapak tangan kemudian Gosok dekat kepala.

Hari-hari guru ni perhatikan tabiat anak muridnya itu,satu hari dia tanya.


Guru: Atan! datang depan sini.

Atan: saya datang cikgu.

Guru: tiap kali saya mengajar, saya lihat awak ludah tapak tangan kemudian sapu dekat kepala awak, mengapa awak buat macam tu?

Atan: saya tak faham matematik cikgu !! saya buat macam ni supaya apa yang cikgu ajar senang masuk dalam otak saya.

Guru: siapa yang ajar Atan macam tu?

Atan: emak saya, cikgu.

Guru: apa yang emak cakap?

Atan: cikgu, bila malam saya tidor dengan ayah dan emak saya, lampu semua tutup, saya dengar emak saya cakap dengan Ayah saya......

"KALAU SUSAH-SUSAH NAK MASUK, SAPU AJER AIR LUDAH
TANG KEPALA TU...BARULAH SENANG MASUK!!!"
Guru: ????????????

Perhatikan Bila Haiwan Resah

2006 bila tsunami melanda, tanda-tanda yang tak difikirkan manusia ialah banyak ikan
dapat ditangkap oleh nelayan, haiwan-haiwan besar lari jauh ke darat.

Kita kongsi 10 ilmu tentang perangai haiwan bila resah.Apa akan berlaku selepas itu.

1.Bila binatang akan berkumpul, petanda hujan akan turun.


2.Apabila kuncing bersin, tanda hujan akan turun.
3.Bila kuda memanjangkan lehernya dan menghidu udara, hujan akan menyusul.
4.Tiga atau empat ekor burung murai yang terbang bersama-sama dan mengeluarkan bunyi yang kuat itu tandanya cuaca berangin.
5.Ikan lumba-lumba timbul di pelabuhan menandakan ribut akan melanda.
6.Bila cacing kalimantang bercahaya, cuaca panas dan keringa akan menyusul.
7.Lebih kuat bunyai katak,lebih banyak hujan akan turun.
8.Penyengat membina sarang di tempat terbuka menandakan musim panas telah tiba.
9.Apabila labah-labah bekerja keras dan memintal sarang petanda angin kencang bakal bertiup.Labah-labah tidak boleh memintal ketika angin mula bertiup.
10.Lalat hinggap di hidung anda kemudian menepis dan lari.Jika lalat itu datang lagi itu petanda hujan rahmat akan turun.

Fikirkanlah....

Bacalah untuk kita pada suatu hari nanti

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada murid-muridnya dan umat Islam seluruhnya.Wasiatnya ialah

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh (10)perkara,"

1.HAK KEPADA DIRI :Mengurngkan tidur,kurangkan makan, kurangkan cakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2.HAK KEPADA MALAIKAT MAUT:Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggalm mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalami, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.



3.HAK KEPADA KUBUR:Buang tabiat suka tabur fitnah, buang tabiat kencing merata-rata, banyakkan solat tahajjud dan bantu orang yang dizalami.

4.HAK KEPADA MUNGKAR DAN NAKIR:Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasih menasihati.

5.HAK KEPADA MIZAN(NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT):Tahan kemarahan, banyak berzikir, mengiklaskan amalan dan sanggup menanggung susah.

6.HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT):Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7.HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA):Menangis sebab takut kepada Allah, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan dan bersembunyi dan memperelok akhlak.

8.HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA):Berasa reda dengan Qadha Allah, bersabar menerima bala, bersyukur dan bertaubat.

9.HAK KEPADA NABI SAW:Berselawat, berpegang dengan syariat, bergantung pada sunnah,sayang kepada para sahabat.

10.HAK KEPADA ALLAH SWT:Ajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.

Peringatan Tuk Wanita

Assalammualaikum , disini , aku nak luahkan rasa ketidakpuashatian yang terlalu melanda dihati ini telah lama berkurun lamanya bersemi di hati yang bersih sudah keruh hitam melegam . HAHAHAH !

Sakit mata aku kalau tgk perempuan pakai tudung en , baju ketat gelemat , pastu nampak ah bekas bra tuh , masalahnye bukan aku saje nak tgk , tapi dah terpampang depan mate . grr -__-
seterusnya , pakai tudung , tapi lengan pendek , ade yang sampai ke ketiak , ingat putih sangat ke ketiak tuh ? then , pakai tudung , tapi pakai baju kebaya and baju kurung jarang ataupun selainnya , ape guna pakai tudung ? then , pakai tudung , baju singkat , then pakai legging , choy , pastu nampak lah bekas bekas spenda , warna ini lah warna itulah , choyyy , bila tunduk , nampaklah , bila duduk , nampaklah . haeh . sedih mat aku tgk .

ni lagi satu aku nak tego orang perempuan pakai tudung nie , dah tahu balak tuh gatal en , belah jelah , sayang sangat konon , ckp jelah kaw pun sangap ngn dia . pakai tudung , tapi boleh lah berpeluk peluk kat taman , grr , cina pun tak macam tuh sangat , ni Islam , maruah beb ! ade yang pakai tudung sebab eh nampak lawalah pakai tudung . pastu pakai . grrr . aku nak pesanlah , tolong lah , sakit hati aku tgk perempuan pakai tudung nie . pakai tudung biar nampak macam orang Islam .

p/s : sorry lah lucah sangat .

Untuk Wanita sesi satu .

Peringatan Untuk Wanita


Dari Sabda Rasulullah s.a.w


1.Wanita yang solehan(baik) itu lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh


2.Wanita apabila sembahayang lima waktu,puasa sebulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya masuklah ia dari pintu syurga mana saja yang ia kehendaki.


3.Saidatina Aishah berkata "Saya pernah bertanya Rasulullah s.a.w siapakah manusia yang lebih besar haknya (berhak) terhadap wanita?.Jawab Rasulullah:"Suaminya".Siapa yang berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah:"Ibunya"


4.Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


5.Siapa yang dikurniakan oleh Allah wanita yang solehah maka sesungguhnya telah dikurniakan pada sebahagian dari agamanya makan hendaklah ia berbakti kepada Allah yang separuh lagi.


6.Sebaik-baik bagi wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak.Wanita apabila keluar akan dipersonakan oleh iblis.


7.Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (yang halal nikah) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual-beli.


Satu hari ketika Rasulullah bersama-sama isteri-isterinya (Ummu Salamah dan Maimunah) datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum).Rasulullah menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah". Rasulullah menjawab, "Bukankah kamu dapat melihat ?"


Dari Ali bin Abi Talib;Aku dengar Rasulullah bersabda:
Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka Jahanam selama umur dunia tujuh kali.Mereka ialah
a. Orang yang gemuk kurus
b.Orang berpakaian telanjang
c.Orang yang alim jahil


Adapun yang gemuk kurus itu ialah wanita yang gemuk (sihat) tubuhnya tetapi kurus ibadahnya.


Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.


Orang alim jahil itu ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan dunia.


8.Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan di hadapan orang sehingga terhidu baunnya ia adalah berzina.


9.Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinan cepat pula kehamilannaya dan ringan maharnya.


10.Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung hati suaminya, maka wanita tersebut di murkai oleh Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra kepada suaminya.


11.Bahawa mana-mana wanita yang bersolat dan tidak mendoakan suaminya maka solatnya akan tertolak.


12.Perkara-perkara yang menjadikannya menderhaka kepada suaminya ialah


a.menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samaada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.


b.keluar rumah tanpa izin suami samaada suami ada dirumah atau tidak.


c.keluar rumah belajar ilmu bukan ilmu fardu 'ain.


d.enggan berpindah bersama suami.


e.mengunci pintu ketika suami mahu masuk ke rumah.


f.bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.


g.minta talak.


h.bercakap kasar atau lambat menjawab pertanyaan.


i.berpaling atau membelakanginya ketika bercakap


j.meninggalkan tempat tidur.


k.membenarkan masuk ke rumah orang yang yang tidak disukai suami.


13.Pesanan Luqman kepada anaknya:"Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah dari pusaka para Nabi iaitu sabda mereka:"


a.apabila engkau sedang solat kepada maka jagalah baik-baik fikiranmu.


b.apabila engkau berada di rumah orang lain,maka jagalah matamu.


c.apabila engkau di tengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.


d.apabila engkau hadir dalam jamuan makan, maka jaga-jagalah perangaimu.


e.ingat Allah.


f.ingat mati


g.lupakan budi baikmu kepada orang lain.


h.lupakan kesalahan orang lain terhadapmu.


Dari perkara yang tersebut di atas bukanlah bermakna wanita menjadi seperti hamba suaminya atau seperti khadamnya semata-mata.Suami pula ada peranannya.Untuk memainkan peranan itu sudah tentulah kaum lelaki wajib taat kepada Allah dan menjunjung tinggi syariat Allah agar ia menjadi orang yang adil serta tidak zalim,mengenal dan menyempurnakan hak-hak isteri ke atasnya.

Petua Orang Dulu - Dulu

Petua Orang Dulu
Segarkan Mata
Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.

Kulit limau hilangkan bau badan
Potong limau kasturi dan buangkan bijinya, kemudia makanlah kulit limau tersebut bersama airnya.Amalkan selalu.

Mengurangkan dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas,minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menaikkan seri muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu.Amalkan selalu

Merawat kulit berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.Sebatikan bancauhan itu lalu disapukan di kulit sekali sehari.Amalkan sehingga berkesan.