Saturday, January 8, 2011

Mata Hati Tutup pintu kebaikan , dorong berlaku kemungkaran

Persepsi mengenai mati memang berbeza . Ada merasa dirinya sudah mati apabila hilang insan tersayang dan ada berfikiran hidup sudah tidak berguna kerana tidak henti dirundung malang .
Mati bukan bermakna menghembuskan nafas terakhir kerana ada antara kita yang sudah meninggalkan dunia ini tetapi masih memberi manfaat kepada yang hidup melalui kebajikan yang ditinggalkan.
Maknanya , kematian masih boleh menghasilkan manfaat serta manjadi iktibar kepada yang masih hidup. Rasulullah bersabda maksudnya : " Cukuplah kematian itu menjadi pelajaran dan cukuplah keyakinan sebagai kejayaan . " ( Hadis riwayat Tabarani ) .
Ibrahim Adham berkata , ada 10 tanda hati yang mati iaitu :
  • Mengaku kenal Allah SWT , tetapi tidak menunaikan hak-Nya
  • Mengaku cinta kepada Rasulullah tetapi mengabaikan sunnah Baginda
  • Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukumnya
  • Memakan nikmat Allah , tetapi tidak mensyukuri pemberian-Nya
  • Mengaku syaitan itu musuh , tetapi berjuang menentangnya
  • Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
  • Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
  • Mengaku kematian pasti tiba bagi stiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya
  • Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
  • Menghantar dan menguburkan jebazah aduara tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya

Ciri manusia yang hatinya sudah mati antara lain ialah kurang berinteraksi dengan kebaikan , kurang kasih sayang kepada orang lain , tidak menolong orang , suka kemungkaran , menurut hawa nafsu , lalai dengan kebajikan serta suka berbuat maksiat .

Ada tiga perkara apabila ditinggalkan akan menyebabkan hati mati .

  • Pertama : Meninggalkan solat membuat jiwa kalu dan gelisah . Terjerumus ke dalam perbuatan keji dan hina , terseret ke lembah kemungkaran dan kesesatan .
  • Kedua : Meninggalkan sedekah bererti mementingkan diri dan enggan berbuat kebaikan . Mengambil berat mengenai hubungan sosial tanda bukti keimanan kita . Contohnya , orang suka bersedekah hatinya lapang dan tenteram serta dijauhkan dari penyakit bakhil.
  • Ketiga : tidak mengingati Allah dengan memperbanyakkan zikir boleh menyebabkan hati keras membatu sehingga tidak boleh menerima nasihat dan ajaran agama . Zikir akan memberi ketenangan hati . Orang tenang hatinya akan berkelakuan positif dan tidak mahu berbuat mungkar .

Orang mukmin yang menjaga solat , suka bersedekah dan banyak mengingati Allah akan menjadi insan memiliki hati yang hidup , bukan sebagai mayat hidup . Siang hari banyak berbuat kebajikan dan malam tidak dihabiskan dengan tidur .

Firman Allah bermaksud : " Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang yang berbuat dengan ihsan. Di dunia mereka sedikit tidur pada waktu malam dan selalu memohon ampun di waktu pagi sebelum fajar ." ( Surah a-Zariyat, ayat 16-18 )

Perkara menumbuhkan perasaan takut serta bimbang terhadap hisab akhirat juga akan menjadikan hati hidup kerana sentiasa berusaha memastikan amalan harian tidak terpesong daripada landasan syariat.

Hati yang hidup dapat menjamin masa depan cerah dan gemilang dalam menghadapi liku kehidupan di dunia sehingga menuju ambang akhirat kelak. Hanya yang hidup akan menghadap Tuhannya dengan penuh sejahtera dan tenteram .

Firman Allah bermaksud : " Pada hari di mana harta dan anak tidak berguna , kecuali orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera ( bersih ) ." ( Surah as-Syua'ara , ayat 88-89 )

No comments:

Post a Comment