Saturday, January 22, 2011




Inilah Sekolah baru aku , SMK Perimbun , Cheras ;) Ini Lencananya ,

dan pula dibawah ini persekitaran di Muhibah Square , sorrylah takde gamba banyak :D haha ,



Aku berharap dapat meninggalkan kenangan manis aku disini buat tahun ini dan memperoleh kejayaan disini :)

Sijil Penilaian Menengah




Tahun 2011 . Inilah masanya . Inilah . cepat kan aku dah membesar . dah hampir 17 tahun kan ? wah Sijil Penilaian Menengah . SPM . tahun ini aku menghadapinya . tinggal lagi 9 bulan sahaja lagi . Semua orang takot menghadapinya . tapi aku yakin aku akan memperolehi kejayaan dengan berkat usaha aku . dan juga berkat doaku kepada-Nya . Wahai Sahabat . Doakan kejayaan aku . aku juga akan doakan kejayaan kamu semua ;)

the title it is .

F , i tahu you akan kembali semula dalam hidup i , i tahu , i bersabar menunggu you , thanks if you dapat terima i balik ;) i'm so happy . Alhamdulillah .

Saturday, January 8, 2011

Alhamdulillah ;) and thanks to my lovely friend , Fazira Zaharim :)

Alhamdulillah , syukur kepada Tuhan kerana memberi hidayah kepadaku hari demi hari , terima kasih Ya Allah kerana menyedarkan aku daripada melakukan dosa ini berterusan , semoga Engkau tetapkan dan tebalkan iman aku . Tabahkanlah aku untuk menghadapi segala dugaan yang Engkau akan berikan kepadaku . Baru aku sedar selama ini aku dilemma dan semua ini berpunca daripada kesilapan aku , dosa aku . Terima Kasih YA ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani :)

Tidakku lupa kepada Fazira Zaharim , teringat dan masih segar di ingatan apa yang dia beri motivasi kepada aku , berbunyi ,

" Act dulu i pun takpandai . tapi adik adik i pandai . So i rasa tercabar and nak prove kat my mom i pun boleh . You dont need to love books do . You macam kena ade keikhlasan diri you nak belajar . And bile belajar , jangan cakap susah . Jangan sekalipun . Sebab bila you cakap susah , sampai bila bila you rasa susah and tak nak belajar " .

kata kata ini akan aku ingat di dalam kepala hotak aku nie . HAHA . Thanks Again Fazira , i love you friend


Mata Hati Tutup pintu kebaikan , dorong berlaku kemungkaran

Persepsi mengenai mati memang berbeza . Ada merasa dirinya sudah mati apabila hilang insan tersayang dan ada berfikiran hidup sudah tidak berguna kerana tidak henti dirundung malang .
Mati bukan bermakna menghembuskan nafas terakhir kerana ada antara kita yang sudah meninggalkan dunia ini tetapi masih memberi manfaat kepada yang hidup melalui kebajikan yang ditinggalkan.
Maknanya , kematian masih boleh menghasilkan manfaat serta manjadi iktibar kepada yang masih hidup. Rasulullah bersabda maksudnya : " Cukuplah kematian itu menjadi pelajaran dan cukuplah keyakinan sebagai kejayaan . " ( Hadis riwayat Tabarani ) .
Ibrahim Adham berkata , ada 10 tanda hati yang mati iaitu :
  • Mengaku kenal Allah SWT , tetapi tidak menunaikan hak-Nya
  • Mengaku cinta kepada Rasulullah tetapi mengabaikan sunnah Baginda
  • Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukumnya
  • Memakan nikmat Allah , tetapi tidak mensyukuri pemberian-Nya
  • Mengaku syaitan itu musuh , tetapi berjuang menentangnya
  • Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
  • Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
  • Mengaku kematian pasti tiba bagi stiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya
  • Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
  • Menghantar dan menguburkan jebazah aduara tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya

Ciri manusia yang hatinya sudah mati antara lain ialah kurang berinteraksi dengan kebaikan , kurang kasih sayang kepada orang lain , tidak menolong orang , suka kemungkaran , menurut hawa nafsu , lalai dengan kebajikan serta suka berbuat maksiat .

Ada tiga perkara apabila ditinggalkan akan menyebabkan hati mati .

  • Pertama : Meninggalkan solat membuat jiwa kalu dan gelisah . Terjerumus ke dalam perbuatan keji dan hina , terseret ke lembah kemungkaran dan kesesatan .
  • Kedua : Meninggalkan sedekah bererti mementingkan diri dan enggan berbuat kebaikan . Mengambil berat mengenai hubungan sosial tanda bukti keimanan kita . Contohnya , orang suka bersedekah hatinya lapang dan tenteram serta dijauhkan dari penyakit bakhil.
  • Ketiga : tidak mengingati Allah dengan memperbanyakkan zikir boleh menyebabkan hati keras membatu sehingga tidak boleh menerima nasihat dan ajaran agama . Zikir akan memberi ketenangan hati . Orang tenang hatinya akan berkelakuan positif dan tidak mahu berbuat mungkar .

Orang mukmin yang menjaga solat , suka bersedekah dan banyak mengingati Allah akan menjadi insan memiliki hati yang hidup , bukan sebagai mayat hidup . Siang hari banyak berbuat kebajikan dan malam tidak dihabiskan dengan tidur .

Firman Allah bermaksud : " Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang yang berbuat dengan ihsan. Di dunia mereka sedikit tidur pada waktu malam dan selalu memohon ampun di waktu pagi sebelum fajar ." ( Surah a-Zariyat, ayat 16-18 )

Perkara menumbuhkan perasaan takut serta bimbang terhadap hisab akhirat juga akan menjadikan hati hidup kerana sentiasa berusaha memastikan amalan harian tidak terpesong daripada landasan syariat.

Hati yang hidup dapat menjamin masa depan cerah dan gemilang dalam menghadapi liku kehidupan di dunia sehingga menuju ambang akhirat kelak. Hanya yang hidup akan menghadap Tuhannya dengan penuh sejahtera dan tenteram .

Firman Allah bermaksud : " Pada hari di mana harta dan anak tidak berguna , kecuali orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera ( bersih ) ." ( Surah as-Syua'ara , ayat 88-89 )

Sunday, January 2, 2011


ouh maka bermulalah kisah seorang pelajar yang bernama Muhammad Uzzair Imran b Roslimi . Tentulah tahun 2011 ini aku nak jadi anak yang membuatkan mak dan ayah aku menangis dengan gembiranya melihat kejayaan aku . Amin ~ . Aku nak berubah . Memang nak sangat berubah . Aku dah berpindah sekolah . SMK Perimbun , Cheras . Aku sanggup tukar sekolah semata mata nak belajar . Belajar . SPM lah penentu segalanya . Facebook mungkin akan dtinggalkan . Aku mahu masa depan aku terjaminnya . Facebook bukannya menjamin masa depan . HAHA . marilah sama sama kita menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat ;)

dengan ini bermulalah kisah kehidupan seorang pelajar ;)

Saturday, January 1, 2011

anonymouse .

hari semakin hari , saat demi saat . hati aku maseh ada kamu . entah apa dikau disana fikirkan aku ataupun tidak . aku amat merinduimu setelah pemergianmu jauh disisiku . ku tahu , aku akui akan kesalahan aku yang membuatkan kau terluka . maafkan aku . aku akui , aku seorang pelupa , tetapi aku ingat hari itu . maafkan aku kerana aku engkau merana . maafkan aku . aku redhai dengan permergianmu . aku tahu engkau lebih sayangkan ayahmu lebih daripadaku . aku masih ingat dihari kita bersama . dihari kita bersua , dihari kita bersenyum dan bergembira . aku masih ingat . aku masih ingat akan wajahmu ketika kita bersama . aku masih ingat . ingat lagi . maafkan aku . walau apapun terjadi , aku tetap akan menungguimu . tetapi perit rasa hatiku , menunggumu saban hari . biarkanlah Tuhan saja yang tahu akan cinta ini buat hatimu . Cintaku buatmu bukanlah permainan dan berfoya foya . tapi kerana hati . biarlah takdir memisahkan kita. aku redha .

F , maafkan aku .