Sunday, December 26, 2010

SALAHKAH WANITA TIDAK PANDAI MEMASAK ?

Kalau perempuan tidak boleh memasak , dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja . Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati .

" Apalah perempuan , tak padnai masak siapa nak kahwin dengan awak ! " Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara , juga rakan sejawat kami . Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama , peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya .

" Habis sekarang kenapa tidak belajar ? ' Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat

" Syarat utama menjadi suami mesti menjadi imam . "

" Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agam , jadi belajar memasaka teteap tidak diutamakan ! " Begitulah jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggelengka-geleng kepala . Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak . Wanita sepatutnya buat begitu.

Syarat umtama menjadi suami mesti boleh menjadi imam , Walau ada yang kata jikat itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami , perlu pikat seleranya seiring diguna pakai .

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumah tangganya . Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam . Ilmu bermain game video di komputer mereka rasa lebih perlu .

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan stakat masak untuk keluarga sendiri , kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola . Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga ? Kalau tidak pandai jadi imam , BELAJARLAH .

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri , sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga .

" Sibuk suruh kita handal memasak , mereka tuh bolehkah jadi imam ? " Dengus teman wanita yang lain . Betul juga ya ? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai aegenda utama , selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya ? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini . Tertanya ramai yang menjawab tidak confidient menjadi imam sebab takut bacaan Al Fatihah tidak sempurna , salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal .

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri sendiri . Ada juga menjawab , rasa kelakar pula pabila dirinya yang rugged menjadi imam . Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam sepuaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau mejadi mangsa " queen control " . Kalau tidak pandai , belajarlah sekarang . Jika wanita disuruh belajar , apa salahnya lelaki ! "

p/s ; Ya Allah , kurniakanlah kepadaku pasangan yang solehah untuk membawa aku ke jalan yang benar . Amin .

No comments:

Post a Comment